«

»

Download borang bantuan RM500 lhdn 2011

download borang bantuan rm500 lhdn 2011 212x300 Download borang bantuan RM500 lhdn 2011Download borang bantuan RM500 lhdn 2011

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi peringatan kepada pemohon  agar tidak terpedaya dengan sindiket pendaftaran permohonan bantuan palsu yang dipercayai sedang mengambil peluang sekarang ini.Pegawai Perhubungan Awam LHDN berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mula mengedarkan malah menjual  permohonan borang palsu ( borang permohonan sebenar  belum dikeluarkan sebelum 11 dec 2011 ) dan pendaftaran adalah percuma.

Pengagihan Bantuan Melalui Borang bantuan RM500

“Borang Permohonan Bantuan RM500 tersebut sedang dalam proses akhir penyediaan dan akan diedarkan ke setiap Pejabat LHDN seluruh negara serta boleh dimuatnaik di laman sesawang rasmi LHDNM sebaik sahaja siap.

“Mekanisme pengagihan bantuan dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan dan setakat ini kami belum melantik mana-mana pihak bagi urusan pendaftaran permohonan bantuan RM500 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penerangan borang bantuan RM500 lhdn 2011

Penjelasan ini membantu orang ramai daripada terpedaya oleh sebarang sindiket penipuan yang berkaitan dan LHDN juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh orang ramai akibat penipuan ini.Belanjawan 2012 memperuntukan RM500 bagi setiap isirumah dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan. Mereka perlu mengisi borang yang boleh didapati di pejabat terdekat LHDN- Mymetro.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma  di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih  9 pagi hingga 5 petang. Untuk download atau muat turun borang permohonan,anda boleh klik disini atau hubungi : 1-800-222-500-Bernama.

pixel Download borang bantuan RM500 lhdn 2011 share001btn Download borang bantuan RM500 lhdn 2011

13 comments

No ping yet

  1. NG CHEI KEOW says:

    SELAMAT SEJAHTERA,
    SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BANTUAN RM 500.00 .
    BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PERMOHONAN MELALUI EMAIL DISEBABKAN OLEH SAYA TIADA KENDERAAN UTK PERGI KE PEJABAT LHDN KERANA RUMAH SAYA SANGAT JAUH .

    BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH BUAT PERMOHONAN TERSEBUT ?
    MASIH BOLEHKAH SAYA MEMBUAT DAFTARAN UTK MENDAPAT BANTUAN RM 500.00 PADA MASA SEKARANG ?

    TELEFON : 016-750 6886
    MS NG

    1. Raz says:

      Sila hubungi Pejabat Ppersekutuan Negeri Selangor 03-33257033.Terima kasih

  2. R. CHITRA DEVI says:

    IBU SEORANG BALU (PENDAPATAN PENCEN AYAH) DAN KAKAK IPAR BALU BERANAK 3 ORANG(BERKERJA SEBAGAI HOUSEKEEPING). KEDUA – DUANYA TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS. SEMASA MENGISI BORANG, DIISIKAN OLEH ORANG KETIGA, BELIAU TERSILAP TULIS PADA BORANG IBU DENGAN MEMASUKAN 3 TANGGUNG CUCU (PADA HAL IBU ADALAH DALAM GOLONGAN WARGA TUA SEBATANG KARA) MANAKALA BORANG KAK IPAR DIISI DENGAN BETUL.

    IBU TELAH TERIMA DUIT BANTUAN, MANAKALA PERMOHONAN KAK IPAR DI TOLAK KERANA TANGGUNG YANG SAMA. SEMASA HADIR DIPEJABAT LHDN UNTUK PENJELASAN, KAK IPAR DIBERITAHU BAHAWA IBU BOLEH DIDAKWA KERANA FALSE DECLARATION, OLEH KERANA TAKUT, MAKLUMANLAH TIADA BERPELAJARAN, DIA PULANG DENGAN TANGAN KOSONG. BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH DIRAYU…….. SUMBANGAN INI BOLEH BANYAK MEMBANTU KAK IPAR SAYA………..

    1. Raz says:

      Sila hubungi Pejabat Persekutuan Negeri Selangor 03-33257033.

  3. KEMARIAH BT SALLEH says:

    SALAM…NK TNYA..SELAIN DRI POS SURAT…APE LAGI CARA UTK SAYA THU …BAHAWA PERMOHONAN SAYA LULUS @ TAK…. ??? DAN 1 LAGI SOALAN…SURAT NI MEMANG DIRECT POS KE @ MELALUI JKKK… ???

    1. Raz says:

      Puan boleh menghubungi terus ke Pejabat LHDN yang berdekatan dengan puan.Yerima kasih

  4. Mohd Lokman bin Abdul Shukor says:

    As’kum,

    PER : Rayuan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M)
    P P97 N N13

    Bagaimana cara saya ingin membuat rayuan untok permohonan BRIM yang telah ditolak disebabkan “Tidak memenuhi syarat kelayakan”

    1. Saya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu bawah RM 500.00 sebulan.

    2. Saya disahkan oleh Doktor pakar (Hospital Sg.Buloh) bahawa saya mempunyai penyakit kronik, Hep.C dan cepat penat .

    Saya hara pihak tuan dapat membantu saya dalam permohonan rayuan saya ini.

    1. Raz says:

      Saya amat bersimpati terhadap permasalahan tuan,namun tuan boleh merujuk terus ke Pejabat LHDN yang berdekatan dengan Tuan.Terima kasih

  5. rudi says:

    mcm mna klu bru sekarang sya tahu ada borang 1m ni. hari ini. masih sempat lgi ka klu sya ambil 10 hb ni……..

    1. Raz says:

      Anda masih sempat kerana Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Januari 2012

  6. ZURAINI BINTI MUHAMMAD says:

    borang 1 msia

  7. Emilia says:

    Borang bantuan rm500 – Adakah borang salinan boleh diterima untuk mendaftar?

    1. Raz says:

      Tidak boleh.. kecuali download atau ambil terus dari LHDN. Terima kasih :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>