«

»

Tukar Hak Milik Kenderaan JPJ Online

jpj4 150x150 Tukar Hak Milik Kenderaan JPJ OnlineTukar Hak Milik Kenderaan jpj Online

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan perkhidmatan ini secara online kepada para pengguna yang ingin menjual kereta mereka ke syarikat penjual kereta terpakai atau kepada pembeli.Melalui perkhidmatan ini, apabila urusan penjualan selesai, nama akan dipindahkan terus ke syarikat penjualan kereta terpakai atau pembelidan anda tidak menanggung apa-apa lagi masalah..

2 perkhidmatan tukar hak milik kenderaan jpj online:

1-E-Tukar Hakmilik Sementara – hak milik (secara sementara) ditukarkan kepada peniaga kereta terpakai sehinggalah dibeli oleh pemilik lain.

2-E-Tukar Hakmilik Sukarela – Hak milik dipindahkan terus kepada pembeli baru.

Penyedia perkhidmatan pindah hak milik kenderaan online

Perkhidmatan ini dikuasai oleh e-kerajaan Malaysia, MY E.G. Services (MyEG) Bhd. Perkhidmatan ini dijangka bakal memastikan penyelesaian sepenuhnya proses pindah milik kenderaan kepada syarikat kereta terpakai serta kepada bakal pembeli lain.Permasalahan serta aduan orang ramai mengenai proses tukar milik kenderaan memang menjadi keluh kesah rakyat kerana proses yang dilalui terlalu birokrasi dan prosedur yang panjang memakan masa yang lama.Pemilik kenderaan kini merasa lega kerana segala proses pemindahan hak milik berjalan dengan lancar dan mudah.Objektifnya  untuk melindungi para penjual dan oleh itu membebaskan mereka daripada sebarang isu berkaitan.

Namun perkhidmatan ini akan berkuatkuasa Januari 2012 dan untuk anda menggunakan perkhidmatan sila klik disini.
Dan RM25 akan di caj bagi setiap proses untuk pindah hak milik.

Nota: Anda disarankan untuk TERUS melayari laman ini dari masa ke semasa bagi maklumat terbaru penggunaan perkhidmatan Online ini.

pixel Tukar Hak Milik Kenderaan JPJ Online share001btn Tukar Hak Milik Kenderaan JPJ Online

21 comments

No ping yet

  1. nor says:

    Saya ingin bertanya bagaimana nak tukar milik kenderaan jika pemilik asal atau penjual tidak boleb pergi ke JPJ kerana tidak sakit tidak boleh bangun dan pemilik asal juga sudah hilang ingatan sekali sekala. Isteri beliau ingin kereta iru dijual. Terima kasih.

  2. NOORIZAH BT DARUS says:

    saya ingin membuat penukaran hak milik kereta bagi nama adik saya yang telah meninggal dunia kepada nama anak perempuan saya. kereta ini telah diselesaikan pembayarannya oleh saya pada akhir tahun 2013. Apalah prosuder yang perlu saya lakukan.

  3. zie says:

    hi, sy nak tanya kalau kereta honda jazz baru pakai 3 bulan . masa beli ada gerentor. kemudian nak tukar nama pemilik kereta tu kepda gerentor tu.boleh ke ? macammana ye ?

  4. damia says:

    salam.. macamna nak batalkan geran kereta atas nama adik saya. Adik sy telah membuat urusniga pembelian kereta baru tetapi telah ditipu dgn pihak jurujual dimana salasman telah mendaftarkan kenderaan tersebut,,tanpa adik saya melihat dulu keadaan kereta baru tersebut. Sebagai pembeli adik saya tidak puas hati dgn keadaan kereta tersebut.. dan kenderaan tersebut masih diatas nama beliau sehingga kini. MInta bantu..

  5. rafidah says:

    salam..

    abg saya ada menjual kereta tanpa menukarkan hak milik pd pembeli tersebut.
    apabilaberjumpa dengan pembeli tersebut dan ingin menukarkan hak milik tetapi beliau menolak.apakah yg perlu abg sy lakukan?

    retima kasih

  6. Aida says:

    Salam. Saya ingin tukar nama kereta saya kepada nama adik saya. Adik sy ada lesen tapi tidak bekerja. Boleh kah ianya dilakukan?

    Untuk pengetahuan, bayaran bulanan kereta itu akan dibuat oleh suaminya.

  7. aziz zubaidi says:

    ag ni orang sabrang tapi ag beli kereta kak malysia boleh kalo ag tukar nama ke indonesia

  8. Suresh says:

    Hi
    Title: I wanted to buy new car with old special number plate.

    I book the car in seremban, loan pass and waiting for number only
    Had look a motorbike have a special number that i wanted to buy from him.

    and that number i wanted to trasfer it too my new car and the new car number plate i need to trasfer to the motorbike that i bought from him.

    the last i need to trasfer back the motorbike to him back

    What are the procudure and how much cost involved on this progress..

    Thanks
    Suresh

  9. laily says:

    salam, mohon beritahu procedure mcm mane penukaran hak milik kenderaan sekiranya :

    1) kereta tersebut telah habis dibayar
    2) pemilik telah meninggal dunia, (atuk), kini nama kedua adalah ibu saya.

    apa dokumen2 yang perlu saya sediakan dan bolekah saya guna 1MIID ni.

    tq

  10. nurul says:

    kat mane sy blh dapatkan surat pengesahan tukar milik jpj? mean surat yg memaklumkan sy da mnjual kereta trsebut..

  11. bungakobis says:

    salam..nk tnye mcm mane prosedur nk tukar kereta..abg sy pakai kereta sy dan sy pakai kereta die..kami bru pakai dlm 2 thun..sy ingt nk tukar name kereta 2..

    1. Raz says:

      Buat pemeriksaan kenderaan di puspakom>tukar nama di jpj.

  12. YAP WIND KUEN says:

    ENCIK,DI HARAP BOLEH KASI TUNJUK AJAR SIKIT,
    KERANA KERETA SAYA TELAH TRADE IN KEPADA USED CAR PADA 2 TAHUN YANG LEPAS,TAPI SAMPAI SEKARANG MASIH BELUM SETTLE LOAN DI BANK SAYA LAGI.DAN KERETA SAYA DI MANA JUGA TIDAK TAHU,MALAH SUDAH KENA 2 SAMAN.KALAU SAYA SENDIRI SETTLE BAKI HUTANG BANK,DAN MACAM MANA TENTANG TUKARAN HAK MILIK,KERANA SAYA TIDAK TAHU MANA KERETA ITU BERADA.APAKAH YANG PERLU SAYA BUAT APABILA SUDAH SETTLE LOAN DI BANK.SEBAB SAYA TAKUT MEREKA ANGKAT KERETA SAYA UNTUK BUAT BENDA YANG TAK BAIK TAPI MASIH DI ATAS NAMA SAYA.ATAU KE SAYA BOLEH PERGI KE TEMPAT JPJ UNTUK MOHON BLACKLIST UNTUK KERETA SAYA,SEKIAN TERIMA KASIH.

  13. zali says:

    saya nak mntak tolong bagi petua skit..saya dah jual kereta proton saga..dah buat urrusan tuka nama smua lengkap dan saya dah sain ats gran smua da..pembeli tu ckp nk pegi tuka kat jpj sendiri tapi dia tipu..tak tukasampai skrg..dah setahun ni..saya tepon dia bnyk bg alasan..mcm mana nak bg hilang nama saya dari gran tu..saya tkt jd masalh kat keta tu tapi saya plak yg kena..tlg bg idea..

  14. Norzanah says:

    Saya ada sebuah kereta, Nissan Grand Livina. Tetapi kereta tersebut telah dijual oleh bekas suami, dan sekarang saya membuat perjanjian sambung bayar dengan pemilik baru. Saya menerima saman kerana memandu melebihi had termasuk surat yang mengkehendaki saya naik mahkamah pada Januari 2013 nanti. Bagaimana caranya saya nak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak JPJ? Adakah saya perlu pergi ke JPJ berdekatan dan membawa sekali surat perjanjian tersebut atau perlu mengisi borang tertentu? Sekian, terima kasih.

    1. Raz says:

      Sebaik-baiknya Puan pergi ke JPJ berdekatan dengan tempat Puan.Terima kasih

  15. feroz khan mohamad says:

    Mohon bertanya, saya mempunyai motorsikal yang didaftarkan di FELDA. Bayaran kepada pihak felda telah lama tamat. Cuma surat tukar milik yang diberikan oleh pihak FELDA telah hilang. Bagaimana kah cara cara untuk saya membuat penukaran hal milik motorsikal tersebut, Terima kasih.

  16. chong shi wei says:

    hi sir i would like to know the procedure for change ownership of vehicle from financing to my own. is it i need to send for puspakom? could i apply thru online? which website i need to access? highly appreciated if u can reply me soonest. thanks

    1. Raz says:

      this service is not available yet.TQ

  17. wan says:

    Salam. Mohon bertanya sekiranya boleh tukar hak milik kereta kepada seseorang yang tidak mempunyai lesen kereta bagi melangsungkan pembayaran setiap bulan dan seterusnya. Sekian.

  18. mohd adam daniel b abdullah says:

    ingin nk tkr kete,kete sye 1.6 waja tkr kete kelish blh x.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>